Soal Jawab Perkahwinan
- Adakah sah seorang menjadi wali sekiranya meminta syarat hadir menjadi wali?
Seandainya wali mengenakan apa-apa syarat seperti menuntut wang daripada anaknya sebagai syarat untuk hadir menjadi wali dan dipersetujui oleh anaknya maka tiada halangan. Jika anak tidak bersetuju dengan permintaan walinya dan walinya enggan mewakilkannya maka anaknya itu boleh mengemukakan kepada mahkamah untuk mendapatkan wali hakim.
- Bolehkah pengantin perempuan mendapatkan wali hakim sekiranya wali mujbir melarikan diri?
Seandainya tidak diketahui di mana wali mujbir menghilangkan diri maka, hendaklah dipanjangkan ke Mahkamah Syariah untuk memohon wali hakim. Sekiranya diketahui kedudukan wali mujbir maka, hendaklah mendapatkan wali mujbir tersebut terlebih dahulu.
- Dimanakah ujian saringan HIV boleh dilakukan?
Ujian saringan HIV boleh dilakukan di klinik/hospital kerajaan sahaja di setiap negeri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk klinik/hospital kerajaan yang berdekatan.
- Bilakah masa yang sesuai untuk membuat permohonan kebenaran pernikahan?
Permohonan kebenaran pernikahan boleh dibuat sebulan sebelum tarikh akad nikah di adakan.
- Apakah hukuman yang dikenakan kepada pasangan yang bernikah tanpa kebenaran diluar negara?
Hukuman yang dikenakan ialah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.
- Bagaimanakah proses pendaftaran nikah tanpa kebenaran diluar negara?
- Proses pendaftaran nikah tanpa kebenaran diluar negara adalah seperti berikut :
- Membuat pengesahan nikah di Mahkamah Syariah
- Proses penalti melalui pendakwaan
- Daftar pernikahan
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
- Apakah denda yang dikenakan kepada pasangan yang bernikah tanpa kebenaran di luar negara?
Pasangan yang bernikah tanpa kebenaran diluar negara akan dikenakan denda maksimum RM1,000.00.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.
- Apakah prosedur untuk mendapatkan salinan sijil nikah yang baru bagi menggantikan sijil nikah yang hilang?
Prosedur untuk mendapatkan salinan sijil nikah yang baru bagi menggantikan sijil nikah yang hilang adalah seperti berikut :
- Isi borang permohonan di Pejabat Agama Daerah dimana tempat atau daerah akad nikah telah berlaku.
- Tempoh carian adalah seminggu.
- Bayaran carian RM5.00.
- Bayaran untuk salinan sijil nikah baru RM8.00
- Berapa lamakah tempoh sah laku kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah?
Kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah sah untuk tempoh :
- 3 bulan (untuk lelaki)
- 1 bulan (untuk perempuan)
- Berapa lamakah tempoh sah laku pemeriksaan HIV?
Pemeriksaan HIV yang dilakukan sah untuk tempoh 6 bulan.
No comments:
Post a Comment