Industri perkahwinan kecoh seketika apabila jabatan agama islam wilayah persekutuan mengumumankan kenaikan harga yuran kursus kahwin dari RM80 kepada RM120 pada tahun 2015 dan peserta kursus bakal jalani ujian pengetahun islam. Maka selepas itu ramai la bakal-bakal pengantin dan yang tidak plan nak kahwin pun berpusu-pusu menghadiri kursus perkahwinan kerana ingin mengelakkan harga baru yang bakal dilaksanakan pada tahun tersebut.
Seterusnya kenaikan harga yuran kursus kahwin diikuti di negeri johor dengan kadar baru sebanyak RM120 seorang dan negeri Perak RM100 seorang
Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak, wajib pergi kursus kahwin ini untuk medapatkan sekeping kertas berharga tersebut.
Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.
Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’. Selain kos-kos yang ditanggung oleh penguasaha pusat kursus kahwin yang tinggi ekoran kenaikan kadar sewa banggunan dan tarif elektrik.
Kami percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan.
Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah, atas dasar memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinan bertapa pentingnya ilmu pengurusan rumahtangga, kewangan, kesihatan, pentingnya solat dalam menjamin kesejahteraan sesebuah perkahwinan dan prosedur pernikahan
Kenaikan harga sebanyak RM20 ke RM40 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup,dan tidak mustahil adanya yang bakal-bakal pengantin ini ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat.
Lagi satu kalau kadar harga di Wilayah Persekutuan naik, dan ikuti oleh beberapa negeri, tidak mustahil harga kursus pra-perkahwinan di negeri lain pun ikut naik lepas ni ye tak?
Apa pun kepada bakal pengantin, berbelanja la kenduri ikut kesedarhanaan dan kemampuan tidak perlu dibuat secara besar-besaran, yang penting perkara baik dimudahkan dan dihalalkan.
Dan dari admin, kepada bakal-bakal pengantin, berkursus lah segera ..jangan sampai last minit baru nak mecari tempat untuk berkusus kahwin, banyak lagi prosedur selepas kursus kahwin seperti penyediaan borang, hiv test ..persiapkan diri dan segala dokumen agar perjalanan pernikahan anda berjalan lancar hendaknya
No comments:
Post a Comment